MATARAM: Walaupun jelas melakukan kesalahan berat membawa masuk gadis Malaysia bawah umur secara haram ke kampung halaman di Lombok Timur, di sini, lelaki Lombok berkeras enggan membenarkan gadis itu dibawa pulang ke negara ini.
Tohri Jadi Jaya, 22, dilaporkan membawa lari remaja Iban di Sarawak yang baru berusia 15 tahun, Steffanie Liana anak Langka, 15, ke Lombok pada pada 27 Mac lalu.
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, polis Lombok dan polis antarabangsa (Interpol) terpaksa berunding tiga jam dengan suami dan mentua remaja yang nama Islamnya Liana sebelum membenarkan gadis itu diserah untuk dibawa pulang ke pangkuan keluarganya, di Mukah, Sarawak.
Steffanie hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (Polda) Nusa Tenggara Barat kira-kira jam 9 pagi, diiringi beberapa anggota polis sebelum bersurai tiga jam kemudian.
Keadaan pada mulanya aman, bertukar menjadi kecoh sebaik keluarga mentua mangsa termasuk suaminya, Tohri dan bapa mentuanya, Jaya, 40-an hadir ke balai polis dan berkeras tidak membenarkan Steffanie dibawa pulang.
Tohri dilihat tiba dulu di balai polis sebelum ayahnya tiba sejam kemudian dalam keadaan marah selepas dia menelefon ayahnya itu.
Bapa lelaki itu mempertahankan tindakan anaknya kerana Steffanie berkahwin dan hamil lima bulan.
Bagaimanapun, usaha wartawan dan jurugambar mendekati mereka tidak dibenarkan polis dan Interpol kerana dikhuatiri berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata pihaknya berunding kira-kira tiga jam bersama suami dan bapa mentua mangsa sebelum mereka secara sukarela menyerahkan Liana dibawa pulang ke kampung halamannya.
“Memang pada mulanya berlaku kekecohan kerana mereka tidak boleh menerima hakikat isteri dan menantu mereka dibawa pulang, namun selepas diterangkan secara betul kesalahan dilakukan termasuk membawa gadis rakyat Malaysia tanpa sebarang dokumen sah, akhirnya mereka akur.
“Pihak kami menghantar Liana ke kediamannya, di Mukah, Sarawak pada Sabtu ini seperti dirancang,” katanya. Misi menyelamat berlepas dari Lapangan Terbang Selaparang ke Jakarta kira-kira jam 2 petang.

0 ulasan :
Post a Comment
terima kasih karena berkunjung di halaman kami...