Amerika Serikat Tunduk Kepada Indonesia

Menjatuhkan Bung Karno adalah satu-satunya cara agar Amerika bisa bercokol kuat di Indonesia. Sudah dicoba segala cara agar Bung Karno jatuh, tidak berhasil juga. Dicoba dengan cara ancaman embargo, penghentian bantuan…..ehhh Bung Karno malah teriak, “Go to hell with your aid!”.

Messi tertipu oleh Ronaldinho (sosok yg mirip pemain brazil)

"ungkap messi:" Apa yang kamu lakukan berjalan pada sini untuk melihat saya? "Ketika dia memegang tangan saya, saya berlutut saya [dan membungkuk]. Itu sangat emosional. "

Ketika Indonesia Menjadi Kapitalis ( Rezim Orde Baru )

“Ketika tepat 100 tahun gerakan Zionisme Internasional merayakan kelahirannya, dan salah seorang pengusaha Yahudi dunia bernama George Soros memborong mata uang dollar AS dari pasar uang dunia, maka meletuslah krisis keuangan yang berawal dari Thailand dan terus merembet ke Indonesia.”

visi misi Jokowi-JK dengan Prabowo-Hatta

Jokowi-JK:Prabowo-Hatta: Visi: Membangun Indonesia yang bersatu, berdaulat, adil dan makmur serta bermartabat Visi: Terwujudnya Indonesia yang berdaulat, mandiri dan berkepribadian berlandaskan gotong-Royong.

gadis LOMBOK dan adat sasak

nyongkolan, gendang belek, tari rudat, tari jngger,gamelan, chilokak dan peresean. antara adat budaya sasak yg masih utuh di lombok.

Saturday, July 24, 2010

'Di mana saya mahu bersalin...'


KUALA LUMPUR: "Di mana saya mahu bersalin... wang sudah habis, makan pun terpaksa minta ihsan jiran," kata Liana Abdullah, gadis berusia 15 tahun yang mendakwa dilarikan ke Lombok, Indonesia sebelum dibawa pulang ke Malaysia, dua bulan lalu.
Dia yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, suaminya, Tohri Jadi Jaya, 22, yang kini berada di Lombok tidak lagi mengirimkan wang kepadanya kerana tidak bekerja sejak pulang ke negara itu.
“Jika ibu mengandung lain mungkin sibuk membeli kelengkapan bayi, saya pula tak mampu, walaupun sepasang baju. Malah, nak makan seharian pun harapkan ihsan jiran yang sering mengajak makan di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Liana yang dibawa pulang ke Malaysia pada 26 Mei lalu, berkata, dia bimbang dan buntu memikirkan nasibnya bersama bakal anak tanpa kehadiran orang tersayang, termasuk suami dan keluarga.

“Nak bersalin di hospital perlukan wang, bagaimana dengan saya yang tiada sumber kewangan. Setiap kali suami telefon, saya memaklumkan penderitaan dan minta wang, tetapi suami jawab dia sendiri sudah habis wang simpanan hasil bekerja di Sarawak dulu dan kini tidak bekerja, walaupun sudah berusaha sedaya mungkin.

“Dengan siapa lagi saya mahu mengadu... hanya suami yang jauh mahu mendengarnya, tapi tidak mampu menolong saya kerana dia tidak dibenarkan datang ke negara ini lagi,” katanya sambil menahan sebak.
Sementara itu, Tohri ketika dihubungi berkata, dia kesal kerana tidak mampu membantu dan memberi nafkah kepada isterinya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari pekerjaan, tetapi tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali hidup bersama Liana.


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my

Wednesday, July 21, 2010

Dayah kini di Bandung

BANGI: “Saya kini berada di Bandung bersama Ronny,” demikian kata Nurhidayah Sahari atau panggilan mesranya, Dayah, 18, yang hilang dari rumah sejak Jumaat lalu dipercayai mengikut seorang lelaki warga Lombok, Indonesia untuk berkahwin di sana.

Berita mengejutkan itu diterima bapanya, Sahari Talib, 50, kira-kira jam 3 petang semalam ketika dia dihubungi Dayah dari Bandung dan tidak menolak kemungkinan anaknya itu akan dibawa ke Lombok. Sahari berkata, dia tidak menyangka usaha menghalang anaknya itu keluar dari negara ini tidak berjaya malah lelaki Lombok itu lebih pantas bertindak melarikan anak ketiganya itu. “Dayah memberitahu sudah berada di Bandung sejak tiga hari lalu dengan menaiki kapal terbang.


“Saya sempat bertanya Dayah kenapa dia berbuat demikian dengan melarikan diri bersama teman lelakinya itu, tetapi Dayah hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab pertanyaan itu,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro, semalam. Beliau juga risau dengan keadaan isterinya, Noraini Adnan, 44, yang kini asyik menangis siang dan malam mengenangkan keselamatan anaknya itu. “Saya sempat memberitahu isteri berita malang ini dan ternyata dia amat terkejut dan bimbangkan keselamatan Dayah yang berada seorang diri di negara orang,” katanya.


Dia berharap ada pihak lain dapat membantu mengembalikan anaknya itu kerana dia yakin Dayah sudah 'diguna-gunakan' oleh jejaka Lombok itu hingga lupa kepada keluarga dan sanggup bertindak mengikutnya lari. Akhbar ini semalam melaporkan seorang remaja berusia 18 tahun melarikan diri dari rumahnya di Semenyih, di sini semata-mata untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Lombok, Jumaat lalu. Mangsa dilaporkan hilang dari rumah pada hari jadinya selepas ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Bandar Baru Bangi, di sini. Dia dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia dari Lombok, sejak dua bulan lalu.


Kehilangannya disedari ibu selepas anaknya tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan.

Tuesday, July 20, 2010

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet


NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi