Saturday, November 6, 2010

si gadis ikut kekasih pulang ke LOMBOK

MELAKA: “Pulanglah Sara, emak rindu sangat, lupakan segala masalah kerana masa depan kamu lebih penting,” luah seorang ibu, Sharifah Mohamed, 36, apabila anak sulungnya menghilangkan diri buat kali kedua hampir dua minggu lalu dipercayai mengikut seorang lelaki berasal dari Lombok, Indonesia.

Anak perempuan tunggal pasangan Sharifah dan Mohd Nasir Ahmad, 44, Shahara Fujie, 16, dikatakan keluar dari rumah neneknya dengan menunggang motosikal sepupunya yang kemudian ditinggalkan di tepi jalan Kampung Tehel, Bemban, Jasin pada 25 Oktober lalu.


Kehilangan Shahara, anak sulung daripada empat beradik yang lebih mesra dipanggil Sara, dipercayai ada kaitan dengan perkenalannya dengan seorang lelaki berusia 20-an dari Lombok sejak beberapa bulan lalu.

Sharifah dari Kampung Tehel berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kantin sekolah rendah kerana runsing memikirkan nasib anak perempuannya yang melarikan diri buat kali kedua selepas kali pertama berbuat demikian pada 12 Oktober lalu.


“Kali pertama menghilangkan diri, Sara langsung tidak menunjukkan sikap pelik, malah hubungan kami baik. “Bagaimanapun, dia bertindak luar dugaan mengikut lelaki itu hingga menyebabkan kami sekeluarga hairan.


“Sebelum itu, dia ke sekolah dengan memakai pakaian sukan, tetapi tidak pulang sehingga jam 5.30 petang sedangkan kebiasaannya dia pulang sekitar jam 3 petang.

“Saya pergi ke rumah rakannya dan terkejut apabila diberitahu Sara langsung tidak ke sekolah pada hari itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersama Pembela Barisan Nasional (BN) Melaka, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Penyelia Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Abd Aziz.

Katanya, dalam kejadian itu dia bagaimanapun bernasib baik apabila Sara ditemui polis di Kulai, Johor, tiga hari kemudian.


Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dari Johor, Sara memberitahu ingin tinggal bersama neneknya selain tidak mahu bersekolah untuk beberapa hari kerana malu dengan kejadian itu dan dia memberikan izin. “Bagaimanapun, kira-kira jam 5 petang pada 25 Oktober lalu, dia memaklumkan neneknya mahu pulang ke rumah saya untuk mengambil pakaian, tetapi sehingga jam 6.30 petang masih tidak muncul walaupun rumah kami terletak berhampiran,” katanya

2 ulasan :

Nice blog gan moga tambah sukses kedepannya amin. di tunggu postingan berikutnya. mari mengenal keindaha alam pariwisata alam lombok utara di http://7og4nk.blogspot.com

Saya orang lombok bang... jangan jangan sara ikut aku lagi... maaf saya cuma mau kenalan saja... ikut prihatin dengan emak.

Post a Comment

terima kasih karena berkunjung di halaman kami...