MANTIK Hani dan Nirmala Bonat ialah nama yang indah disebut. Kedua-dua ialah rakyat jiran tertangga kita Indonesia. Dua wanita itu ialah antara ribuan pekerja pembantu rumah tangga yang bertaburan di merata-rata rumah di negara ini.
Mereka ialah pekerja dagang yang sanggup meninggalkan tanah air, merantau bagi mencari cahaya untuk kehidupan insan-insan yang ditinggalkan di kampung halaman.
Sumbangan mereka kepada sistem rumah tangga di Malaysia cukup besar.
Mantik, bagaimanapun sudah meninggal dunia. Dia mati dalam duka nestapa. Umurnya hanya setakat 36 tahun sahaja. Beliau ialah satu daripada ribuan, yang nasibnya begitu malang bekerja sebagai pembantu rumah tangga di Malaysia.
Mantik diseksa dengan kejam - dikurung 2 hari 2 malam, kepalanya dibotakkan, seluruh badan menjadi mangsa tumbukan dan tendangan -- oleh majikannya sendiri.
Ketika polis menemuinya, dia kelihatan keliru. Matanya meliar-liar melihat sekeliling. Dia tidak mahu mati lagi. Banyak mulut yang perlu disuap di kampung. Banyak kegembiran yang tergambar di wajahnya setiap kali wang keringatnya tiba di tangan-tangan orang yang disayangi, nun di sana.
Namun, badan Mantik tidak boleh menerima lagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di atas katil hospital di Klang, seorang diri --- berjauhan dari keluarganya di Surabaya.
Murugan, 35, majikannya seorang penjual air tebu, kini sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.
Nirmala, sebaliknya bernasib baik. Dia masih bernyawa. Wanita dari Nusa Tenggara Timur, Kupang itu pada mulanya kelihatan amat hodoh sekali. Semasa dia ditemui orang awam setelah melarikan diri dari rumah majikannya Mei 2004, keadaannya amat uzur. Dia mengalami kecederaan parah di kedua-dua payu daranya.
Dia diseksa - mungkin - secara konsisten dan sistematik dengan air panas dan cawan besi panas menyala. Kulit-kulit badannya turut dijadikan fabrik untuk diseterika.
Nirmala, gadis malang itu diperlakukan oleh majikannya yang dipanggilnya ibu. Yim Pek Ha bekas pramugari baru berusia 41 semasa dia ditahan reman polis pada 22 Mei 2004.
Tiada siapa sangka, wajah Pek Ha yang ayu dan nampak baik itu tergamak melakukan perbuatan sebegitu.
Kedua-dua kes itu merupakan kes yang cukup ikonik. Nirmala dan Mantiklah yang menjadikan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia tegang dan panas.
Sukar Malaysia mempertahankan sikap rakyatnya yang memperlakukan perbuatan itu ke atas rakyat saudara seberang itu.
Walaupun, ia dianggap sebagai kes yang begitu terpencil, namun sukar untuk kita menepisnya.
Hanya pengadilan yang boleh menunjukkan iltizam kita terhadap kes-kes seumpama itu.
Kedua-dua kes itu, sudah melalui proses pengadilan.
Kes Nirmala yang paling panjang. Ia memakan masa hampir enam tahun - masih belum selesai.
Amat dikesalkan proses keadilan itu memakan masa yang terlalu lama. Orang undang-undang ada berkata jika keadilan itu dilambat-lambatkan, maka keadilan itu sendiri dinafikan (justice delayed is justice denied).
Tapi, kita tidak pasti di mana silapnya, sehingga kini Pek Ha, kini 46, masih belum menjalani proses koreksi di penjara.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 November 2008, bagaimanapun pada 3 Disember 2009 Mahkamah Tinggi mengurangkan jumlah hukuman penjara Pek Ha kepada 12 tahun.
Kesnya kini masih dalam proses rayuan. Difahamkan tarikh untuk sebutan di Mahkamah Rayuan belum diperoleh lagi.
Sepatutnya kes Nirmala ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Namun sekali lagi, kita tidak pasti mengapa ia menjadi begitu birokratik. Mengapa Pek Ha ini begitu istimewa sehinggakan ia memakan masa bertahun-tahun?
Baca ringkasan laporan Utusan Malaysia, Khamis, 10 Disember 2009 ini.
''Namun hakikatnya, sejak dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen pada 27 November 2008, Pek Ha hanya sehari merengkok di dalam penjara.
Pek Ha disumbat ke dalam penjara setelah Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan lisan peguam bela bagi menggantung pelaksanaan hukuman itu.
Begitupun tidak sampai 24 jam, dia dibebaskan setelah permohonan bertulis peguamnya dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen.
Dia dibebaskan dengan wang jaminan ditambah menjadi RM200,000 dan syarat jaminan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis terdekat sekiranya ingin keluar dari ibu kota.
Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman itu mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah selepas mengambil kira masalah kesihatan Pek Ha yang menghidap asma selain mempunyai empat anak yang masih kecil."
Kita hairan mengapa kes Pek Ha ini terlalu lembap?
Tolak ke tepi dulu mengenai Nirmala dan Pek Ha itu. Kelmarin, kita digemparkan sekali lagi. Seorang lagi pekerja Indonesia, juga pembantu rumah tangga atau amah didera dengan cukup kejam.
Bukan sahaja dia didera pada tubuh badannya, dia juga dirogol oleh majikannya --- kononnya di hadapan isterinya sendiri.
Pasangan suami isteri itu kini sedang direman. Polis sedang menyiapkan siasatan sebelum mereka didakwa di mahkamah.
Gadis dari Jawa Timur itu yang namanya masih dirahsiakan bagi mengelak dia aib akibat perkosaan itu, hanyalah sekumit kisah penderaan terhadap amah oleh majikan di negara ini.
Carian di Arkib Utusan Online mendapati banyak kes seumpama itu berlaku. Terbaharu: Mei lalu, seorang ibu tunggal, Hau Yuan Tyng, 44, dihukum penjara lapan tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan teruk ke atas bekas pembantu rumahnya, Siti Hajar Sadali dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting, tahun lalu. Tertuduh bekas ejen hartanah beranak dua melakukan perbuatan itu di kondominium mewahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Biarlah kisah-kisah sedih itu menjadi pengajaran kepada kita semua. Saya tidak boleh bayangkan jika anak saya meninggalkan saya mengharungi lautan untuk bekerja membantu saya --- tapi kemudian diseksa, didera, diperkosa dan dibunuh…
Wahai Mantik Hani, Nirmala Bonat dan yang senasib, anda sebenarnya adalah Ratu.

0 ulasan :
Post a Comment
terima kasih karena berkunjung di halaman kami...